OWNER FOLLOW TUTOBIES HOME

TRIP TO SABAH AND SINGAPORE PART 3

Olla!

     So hello gais ! Kembali dengan trip to sabah part 3!! So yang belum baca Part1 & Part 2 boleh baca yang tu dulu baru baca yang ni okay?? So part 3 ni merupakan hari ketiga di sabah. Kemana kami sekeluarga pergi?? Kan dekat sabah so wajib la pergi ke pulau yguyss! Kami semua p Pulau Manukan uolss! So sis akan bercerita dari awal pagi hokay!

     Pukul 8 tu memang semua dah kena get ready,pesan Jai. Takdala awai sbb Sabah kan cerah awal kan kan. So kami p ke pelabuhan???? tu dalam 20 minit jugak perjalanan. Tiket apa semua Jai urus. Katanya lagi murah kalau diorang yang uruskan tiket. So okay la. Lebih kurang 10 minit tunggu , its our time!! Pi ambil life jacket dgn gogle lepastu boleh naik bot dah. YEY! masa nak pi pulak manukan kami satu family ja naik. Tpi bila balik dr pulau depa campuq semorang tapi tak load sangat okay la. Tak lama pon atas boat tu . 5 minit ja rasanya hew. Bila dah sampai tu dia punya excited engkauu fuhh lawaaaa doh. Hah! sebelum nak masuk tu engka kena bayar apatah harga dia berbeza mengikut umur, dewasa RM2 or RM1.50 i think. Lepastu remaja RM1. Kalau engko masih bersekolah engko kena bayar ONLY RM0.50. Im so lucky. hahaha. And dia pun ada limit masa. Contoh time tu kami semua mai pukui 9 pagi, pukul 3 petang engko mesti kena tunggu bot dah! haa gitu. 

      So, engko dok kat pulau nak buat apa lagi. Just mandi ja la lol. Dia semua ada eh kedai makan, kedai souveniers semua adalah. Meja pun diorang ada sediakan untuk rehat tp kena cepat katidak mmg takdapat ah. So kami semua lunch pun dekat pulau tu ja. So enjoy the photos!!






Bila dah pukul 3 dah naik bot balik. Jai hantar kami dekat satu mall ni. Nama mall ni x silap Imago. Katanya baru ja bukak so why not kan. And kami semua just lepak lepak rilek rilek. Eventhough dekat Kedah ni pun ada kedai buku but still i bought few books hew hew. Jalan jalan satu mall tu lepastu semua pergi ke Secret Recipe jerr... 

My mother and my sister. 
Time ni dekat secrer recipe Imago.

Time ni dekat luar Imago. Tengah tunggu
Jai amik balik terbongkang.



Entry kali ni pendek ajaa sebab x banyak tempat pergi. So part 4 nanti hari terakhir di sabaah actually. From sabah ambik flight ke johor sambungan nya nantikan di entry seterusnya! KAHKAH

TRIP TO SABAH AND SINGAPORE PART 2

So hello gais. saia kembali! and harini sis nak bercerita hari kedua di sabah! yang masih belum baca hari pertama baik hengko baca sebelom aku tembak! eh ewah boleh tgk entry yg sebelum ini. okay leggo!

    so kan sis kata di entry yang lalu malam tu tido membongak and pagi tu terus mandi and check out homestay and start jalan jalan. So kami kat kundasang and Jai tu bawak kami makan fisrt. view dkt sana memang lawa nak mamp0s. dengan keadaan yang berbukit bukau dgn awan yang mcm sejengkal ja ataih kepala ni haa. lepas makan baru pi dekat tempat yang lembu lembu yang macam ala-al new zealand tu la. nak sampai kat tempat tu kena lalu mcm lorong lorong jugak la syukoorrr kami hamik travel agent. Nak masuk kena bayor tau tp sis x hengat ler. Dah masuk tu jalan dia boleh tahan sbb bukan tar, berbatu batu haa. So dah sampai dekat tempat dia punya kilang gitu. Jai bg masa 2 jam jugak la and kitoghang start jenjalan. Tempat tu pon not bad la jugak dia punya beso tuu.

   Ada satu bangunan ni kitorang masuk kat tempat dalam tu dia ada jual aiskrim yakni aiskrim susu lembu and souveniers gituu laa. pastu diorang buat macam pemisah cermin dgn kilang. Kita boleh tengok la depa proses apa apa semua tu. ewah engko alya. Lepastu macam ada pintu belakang kita pergi dekat diorang punya ladang lembu???? eh ? So dekat sana hengkorang semua boleh susukan anak lembu! and bg makan rumput dekat kambing. aku pun tk tahu kenapa ada kambing jangan tanya okay. satu susu botol dengan harga hanya RM1. Haritu seingat sis beli 3 botol jewrp. rumput tak beli pun hmm cedih laa. And lepastu dah lepas excited bagi susu dekat anak lembu kami just jenjalan sekeliling amik gambo bideo dan sebagainya. Lepas jalan jalan ciked kami kembali ke bangunan tu and kami duduk dekat satu tempat indoor yag disediakan dengan view yang Umph! memang nampak view kundasang sangat. Kami juga menikmati aiskrim time tu ada 3 perasa ja yang lain habis T_T . Pandan, choc dan yogurt vanilla. So i chose yogurt vanilla. Rasanya besalah masam manis gitu rasa yogurt lah awok.



   
  lepastu kitorang pergi satu tempat ni yang aku pun dah lupa nama! SORRY YE GAIS. Tempat ni dia bukan dekat kundasang dah so nak pi situ lebih kurang 1 jam lebih jugak plus dia lalu lorong entah mana tah. Dekat sini kitorang beli 5 bungkus makanan ikan dengan RM1. Dia paket kecil jerwp. Oh lupa pula btw diaa mcm dkt sungai la jugak. Motif beli makanan ikan ni nak tarik ikan tu mai kat kita la sebab ada ikan yang kecik kecik tu dia makan kulit kita. Lebih kurang spa kaki la wei! yang besor besor tu dia mai menyendeng macam kucing dasar ikan tak sedor diri. Manja benauu. Tapi aku takut gila so aku just baling baling ja makanan tu tapi mak aku suka sangat. Favourite place katanya. Lepas bergumbira dengan ikan ikan lebih kurang setengah jam. Dekat situ pon ada titi gantung yang pendek. diorng saja ja buat kot. So kami naik la jugak. Aku ni bukan la takut sangat tapi bila engko dapat abang yang perangai puaka ni keja dia bg goyang titi tu dari awal! gua maki je tapi dalam hati la mampos kena penampor dgn ayah aku nanti hew. 

   Dah lebih kurang sejam dekat situ kami pi pulak dekat hot spring. Tapi bukan dekat situ yang special nya. Eh special la jugak sebab ayaq tu original hangat yang entah datang dari mana entah. Tapi kitorang p situ bukannya nak main dgn hot spring tu. Dekat dalam tu ada hutan! omg sumpah lawa gila sejuk jerwp. Dekat belakang hot spring tu ada hutan. Kami merentasi hutan tu lebih kurang 1KM jugak la siap jalan naik turun bukit lagi hengko so korang better pakai sport shoe okay. Tapi time tu sis pakai sliper nasib sliper sis x buat hal haihh. You know what, keletihan tu hilang bila kami sampai dekat air terjun yang lawa gila! air dia pun sejuk. Memang Umph! hilang penat lelah hengko.. Kitorang duduk ja la kat situ rendam kaki ja. Dalam dok merendam kaki pun ada ikan ikan yang kecik mai dok kat kaki. So bila dah berendam, dalam perjalanan pulang masa dalam hutan tu maybe it was our lucky day sebab ada Rafflesia! Omg tunggu lagi memang nak tengok la. Tapi kena bayar. Seorang RM10. Time tu bunga rafflesia tu merupakan hari ke-4. bunga raflesia pun just hidup dalam 7 hari ja. eh yaka ? Ka aku merapu?? dah bayaq depa tunjuk jalan . So dah sampai kat tempat raflesi tu tapi xleh pegang hokay just tengok amik gmbo jer. Tapi time tu takdak pon bau busuk. Orang tu kata patutnya dia dah keluarkan bau busuk tu. Sis pon ada snap gambaq rafflesia ni!! hihi.


    Bila dah settle semua dengan raflesia tu kitorang pergi ke tempt lain iaitu kota kinabalu gais! So kitorang duduk homestay ni dia aparment. homestay ni memang kami duduk sampai balik ah. Ada satu part ni sis tak ingat la. kami p kaki gunung kinabalu tp tak ingat which day so sis campur je la ea????? Kami p kaki gunung kinabalu ni nak sampai tu dekat 1 jam jugak. Sempat la engko tengok semua orang mengeroh. Dah smpai atas tu memang sejuk gila! memang completely just nampak pokok awan kabus pokok awan kabus. And time tu kebetulan ada sekumpulan manusia yang baru pulang dari mendaki dengan selamat! nanti sis pon nak p la dgn kengkawan daki gunung kinabalu. hewhew angansampah. Dalam dok bergambor tu tetiba ada makhluk allah yang sangat comel iaitu tupai!! sis x penah tau tengok tupai dari dekat hehe. Lagipun memang ada orang tinggalkan biskut untuk tupai . Lepas dah semua ni kami turun kembali ke apartmen mandi sebab dah serupa biskut lemau semorang. Lepastu kami keluaq balik untuk dinner! Tempat makan ni Jai bawak katanya tempat mak saudara dia jugak. Dekat sini kita boleh pilih ikan fresh fresh haa . Siap ada ikan tu haa lawa gila warna biru merah so aku dgn hakak pon kata "Jangan ambik yang ni lawa sangat" lepastu menangis jadi drama melayu. ewah taklah kitorng move on pilih ikan dgn ketam. Ikan kami buat masak steam dgn ketam buat masak butter ???? Dah lepas makan lama jugak la sebab engko nak kena bedah ketam tu . Kami p jenjalan dekat mall ni just nk cari Hard Rock jerwp sebab my father nk beli baju Hard Rock Sabah. Bapak aku ni p mana mesti kena p Hard Rock beli baju. Penang, Melaka and banyak lagi la Johor pon ada kot. eh entahlah. Maap eh orang johor kalau tersilap hew hew. Lepastu dekat mall tu kami beli donuts kononnya nak makan dekat rumah last balik rumah semua muka majai kena paksa makan padahal dah kenyang makan ketam. lol.




    So, hari kedua sudah habis! balik tido jerwp lepas melahap donut. Nantikan pula entry ketiga iaitu hari ketiga di Sabah!! Nak tau hari ketiga kami pi mana. stay tune. Ewahhhhhh. OK tunggu tau. Bye u guys hew. 
     


TRIP TO SABAH AND SINGAPORE

ALLYRRR


     hello gais, im back. ewahh gittu. so memandang kan cuti sudah bermula and EXAM pun dah habis woi. im a happy little child. eh ? okay so aku nak cerita la percutian aku ke sabah dan uga singapore. aku pi dgn family aku pada bulan 1 and ponteng sekola 3 hari kahkah ok sorry cikgu. so kitorang p sabah 4 hari jewrp banyak jugak tempat pergi. and singapore only one day sbb kami just pergi ke USS. omg uss have fun teroxxxx. ok over.

    So secara semua sabah kami guna travel agent. ofkos, kalau takgun hengko sesat lepas kelaut hmm. makan semua dia bawak tempat tempat nya semua menarik kauu. sedap pon okay . Malaysia ja kut ok. so harga semua sis dah tak ingat hew hew. bulan 1 kot baju yang aku pakai kelmarin pon dah lupa! so kami semua 5 orang and tour agent to dia bg satu van besauu bersama seorang driver ni. Driver ni tak silap nama dia Jai. ok yg tu ja aku ingat. friendly pon friendly okay.

    so aku akan cerita first day dekat sabah and next entry 2nd, 3rd and 4th day. okay lets get start it. ewahh
okay so kami ambik flight dr png-sbh dgn air asia. sebab lagi murah you know. eh yaka? rasanya. flight kami dlm pukul 12 macam tu and sampai dalam lebih kurang 2 lebih jugak la. 1 jam 30 minit rasanya. memang lama gila nak mamp0s. so dah sampai tu dalam lebih kurang 15 minit tunggu driver and kitorang gi makan dulu. Jai tu bawak tempat makan kat mana ntah dan katanya kedai makan mak saudaranya. so lepas makan kami p mashaallah dah lupa nama tempat tu. dia lebih kurang atas bukit jugak. And kita boleh tengok view Sabah! gittu. tapi x lama dalam setengah jam ajer sbb xdak apa sangat.

    lepastu kami pergi ke Rumah terbalik and muzium 3D???? kahkah lupa laa. rumah terbalik mmg dr luar pon dah terbalik siot asdfghjkl. siap dgn porch pon terbalik sekali dgn kereta  :')) . nak masuk ni memula kena beli tiket em dalam RM20++. nak masuk ni kena reramai .. dia tk boleh mcm satu family satu family. ok paham? ahh kami beli pakej sekali rumah terbalik dgn rumah 3D tu. first kami masuk rumah terbalik. takda la lama sangat tunggu sekejap ja tunggu ada group lain dah so dah boleh masuk. tapi sempai jugak la buat triller lol. So ni sis nak tunjuk gambar first day dkt sabah 🌟

Time pagi

Rumah terbalik!

mind blown!?

Ok



     Ok gais. Ni jer yang ada  lol. Oh btw im really sorry sbb takdak gambaq dalam rumah terbalik. Sebab kami memang tak boleh tangkap gambar mmg dia punya syarat. Dari luar ja boleh. So nantikan trip sabah day 2 ok! Babai

Oh haa lepas ja semua ni kami terus gerak ke kundasang. Yahhh kundasang . Yang tempat ala ala new zealand tu. First kami sampai kami ke diorang punya pasar. Depa juai mcm mcm jenis kuih, keropok and banyak la. Yang paling suka bayam goreng. SEDAP GILA DO . and dah malam kami tak p mana pon. Just check in homestay and tidooorrr. Sejuk pun sejukk. Ahh so ni gmbr dkt kundasang. Esok pagi tu terus check out homestay and kami p tmpt lain.



Hari Guru 💞

HELLO!  
Its me , alya here! Ewah cliche sangat opening hmm gittu. Oh btw nak lari tajuk sat. Minggu ni adalah minggu last exam then cuti dua minggu woi! Ok tak syok la cuti lama lama ni hmm :( . Minggu ni ada paper acc, math,sains,sej,pj. YES! 
    OK back to the tajuk. So minggu lepas pada hari yang sama hari ini isnin, kita semelaysia telah menyambut hari yang sama iaitu HARI GURU!! okay tahun ni seriuosly sekolah gua memang thorbaik berbanding tahun tahun sebelum ni. Hewhew. Hope next year lg kebabom bcs next year dah last hm cedih la. So kami just banyak amik selfie KAHKAH. kami tengok cikgu main. Xbanyak pon cikgu main just pijak belon and futsal. Bola jaring gua tak tgk sbb gua lg minat futsal haa . 
     So i have lots of videos tp semua x berapa nampak sangat. Kebanyakan video dr persembahan students yang lekeh. Eh eh ? Kjaksjdnnfdk. So okay dah xdak apa na kata just sesiapa yang masih exam keep fighting! Good luck! U can do it! Kipidap! dongibab! 





So yang ni ja hokay gambaq kahkah actually ada banyak lagi tp tak sanggup nak update semua muka barai serupa tak cukup tiduq! Hewhew. 


NEW



HAI

Hai and thankyou siapa yang sudi tengok blog aku. im still new here. actually dah lama, tapi tak update and tak jenguk dah. huhu cedih :'))

Oh btw nak minta maaf dulu sebab aku lebih selesa guna "aku" untuk setiap ayat.
And inshaallah akan selalu update hewhewtipudosa lol

kalau ada salah tolong perbetulkan yaa tysm.

kalau update pon tah cita lama lama dr 2014 omg :'))

oh btw im 16 y/o. taun depan SPM we. wish me luck. keke

oh btw kalau dah singgah blog ni. jangan lupa tinggalkan jejak dekat chatbox ok. inshaallah anytime free, i'll visit your blog. speakingteroxx

and apalagi nak cakap.

kalau rajin aku update tetiap hari, itupun kalau hengat la. lagipun skrg tgh midyear exam first weak pulak tu. :')) . ada lagi 2weeks huh. and another 14 papers to go. yeah hell

i have to go. brokensial


btw buleh dak nak habaq satu cita-cita pelik aku.
   aku nak jadi hacker. gitu haa. aku dok imagine aku hack akaun bank our lovely prime minister and transfer ke semua akaun org kat malaysia ni. ok im just kidding. LAWAK JE OK. JANGAN SERIUS SANGAT. SENYUM LA CIKED. HAA MAROHH MAROHH.

oh btw u guys boleh follow twitter sayerw hew hew

AND bye. jangan lupa tinggalkan jejak dekat chatbox. >>>
ty :)