so kan sis kata di entry yang lalu malam tu tido membongak and pagi tu terus mandi and check out homestay and start jalan jalan. So kami kat kundasang and Jai tu bawak kami makan fisrt. view dkt sana memang lawa nak mamp0s. dengan keadaan yang berbukit bukau dgn awan yang mcm sejengkal ja ataih kepala ni haa. lepas makan baru pi dekat tempat yang lembu lembu yang macam ala-al new zealand tu la. nak sampai kat tempat tu kena lalu mcm lorong lorong jugak la syukoorrr kami hamik travel agent. Nak masuk kena bayor tau tp sis x hengat ler. Dah masuk tu jalan dia boleh tahan sbb bukan tar, berbatu batu haa. So dah sampai dekat tempat dia punya kilang gitu. Jai bg masa 2 jam jugak la and kitoghang start jenjalan. Tempat tu pon not bad la jugak dia punya beso tuu.
Ada satu bangunan ni kitorang masuk kat tempat dalam tu dia ada jual aiskrim yakni aiskrim susu lembu and souveniers gituu laa. pastu diorang buat macam pemisah cermin dgn kilang. Kita boleh tengok la depa proses apa apa semua tu. ewah engko alya. Lepastu macam ada pintu belakang kita pergi dekat diorang punya ladang lembu???? eh ? So dekat sana hengkorang semua boleh susukan anak lembu! and bg makan rumput dekat kambing. aku pun tk tahu kenapa ada kambing jangan tanya okay. satu susu botol dengan harga hanya RM1. Haritu seingat sis beli 3 botol jewrp. rumput tak beli pun hmm cedih laa. And lepastu dah lepas excited bagi susu dekat anak lembu kami just jenjalan sekeliling amik gambo bideo dan sebagainya. Lepas jalan jalan ciked kami kembali ke bangunan tu and kami duduk dekat satu tempat indoor yag disediakan dengan view yang Umph! memang nampak view kundasang sangat. Kami juga menikmati aiskrim time tu ada 3 perasa ja yang lain habis T_T . Pandan, choc dan yogurt vanilla. So i chose yogurt vanilla. Rasanya besalah masam manis gitu rasa yogurt lah awok.
lepastu kitorang pergi satu tempat ni yang aku pun dah lupa nama! SORRY YE GAIS. Tempat ni dia bukan dekat kundasang dah so nak pi situ lebih kurang 1 jam lebih jugak plus dia lalu lorong entah mana tah. Dekat sini kitorang beli 5 bungkus makanan ikan dengan RM1. Dia paket kecil jerwp. Oh lupa pula btw diaa mcm dkt sungai la jugak. Motif beli makanan ikan ni nak tarik ikan tu mai kat kita la sebab ada ikan yang kecik kecik tu dia makan kulit kita. Lebih kurang spa kaki la wei! yang besor besor tu dia mai menyendeng macam kucing dasar ikan tak sedor diri. Manja benauu. Tapi aku takut gila so aku just baling baling ja makanan tu tapi mak aku suka sangat. Favourite place katanya. Lepas bergumbira dengan ikan ikan lebih kurang setengah jam. Dekat situ pon ada titi gantung yang pendek. diorng saja ja buat kot. So kami naik la jugak. Aku ni bukan la takut sangat tapi bila engko dapat abang yang perangai puaka ni keja dia bg goyang titi tu dari awal! gua maki je tapi dalam hati la mampos kena penampor dgn ayah aku nanti hew.
Dah lebih kurang sejam dekat situ kami pi pulak dekat hot spring. Tapi bukan dekat situ yang special nya. Eh special la jugak sebab ayaq tu original hangat yang entah datang dari mana entah. Tapi kitorang p situ bukannya nak main dgn hot spring tu. Dekat dalam tu ada hutan! omg sumpah lawa gila sejuk jerwp. Dekat belakang hot spring tu ada hutan. Kami merentasi hutan tu lebih kurang 1KM jugak la siap jalan naik turun bukit lagi hengko so korang better pakai sport shoe okay. Tapi time tu sis pakai sliper nasib sliper sis x buat hal haihh. You know what, keletihan tu hilang bila kami sampai dekat air terjun yang lawa gila! air dia pun sejuk. Memang Umph! hilang penat lelah hengko.. Kitorang duduk ja la kat situ rendam kaki ja. Dalam dok merendam kaki pun ada ikan ikan yang kecik mai dok kat kaki. So bila dah berendam, dalam perjalanan pulang masa dalam hutan tu maybe it was our lucky day sebab ada Rafflesia! Omg tunggu lagi memang nak tengok la. Tapi kena bayar. Seorang RM10. Time tu bunga rafflesia tu merupakan hari ke-4. bunga raflesia pun just hidup dalam 7 hari ja. eh yaka ? Ka aku merapu?? dah bayaq depa tunjuk jalan . So dah sampai kat tempat raflesi tu tapi xleh pegang hokay just tengok amik gmbo jer. Tapi time tu takdak pon bau busuk. Orang tu kata patutnya dia dah keluarkan bau busuk tu. Sis pon ada snap gambaq rafflesia ni!! hihi.
Bila dah settle semua dengan raflesia tu kitorang pergi ke tempt lain iaitu kota kinabalu gais! So kitorang duduk homestay ni dia aparment. homestay ni memang kami duduk sampai balik ah. Ada satu part ni sis tak ingat la. kami p kaki gunung kinabalu tp tak ingat which day so sis campur je la ea????? Kami p kaki gunung kinabalu ni nak sampai tu dekat 1 jam jugak. Sempat la engko tengok semua orang mengeroh. Dah smpai atas tu memang sejuk gila! memang completely just nampak pokok awan kabus pokok awan kabus. And time tu kebetulan ada sekumpulan manusia yang baru pulang dari mendaki dengan selamat! nanti sis pon nak p la dgn kengkawan daki gunung kinabalu. hewhew angansampah. Dalam dok bergambor tu tetiba ada makhluk allah yang sangat comel iaitu tupai!! sis x penah tau tengok tupai dari dekat hehe. Lagipun memang ada orang tinggalkan biskut untuk tupai . Lepas dah semua ni kami turun kembali ke apartmen mandi sebab dah serupa biskut lemau semorang. Lepastu kami keluaq balik untuk dinner! Tempat makan ni Jai bawak katanya tempat mak saudara dia jugak. Dekat sini kita boleh pilih ikan fresh fresh haa . Siap ada ikan tu haa lawa gila warna biru merah so aku dgn hakak pon kata "Jangan ambik yang ni lawa sangat" lepastu menangis jadi drama melayu. ewah taklah kitorng move on pilih ikan dgn ketam. Ikan kami buat masak steam dgn ketam buat masak butter ???? Dah lepas makan lama jugak la sebab engko nak kena bedah ketam tu . Kami p jenjalan dekat mall ni just nk cari Hard Rock jerwp sebab my father nk beli baju Hard Rock Sabah. Bapak aku ni p mana mesti kena p Hard Rock beli baju. Penang, Melaka and banyak lagi la Johor pon ada kot. eh entahlah. Maap eh orang johor kalau tersilap hew hew. Lepastu dekat mall tu kami beli donuts kononnya nak makan dekat rumah last balik rumah semua muka majai kena paksa makan padahal dah kenyang makan ketam. lol.
So, hari kedua sudah habis! balik tido jerwp lepas melahap donut. Nantikan pula entry ketiga iaitu hari ketiga di Sabah!! Nak tau hari ketiga kami pi mana. stay tune. Ewahhhhhh. OK tunggu tau. Bye u guys hew.
So, hari kedua sudah habis! balik tido jerwp lepas melahap donut. Nantikan pula entry ketiga iaitu hari ketiga di Sabah!! Nak tau hari ketiga kami pi mana. stay tune. Ewahhhhhh. OK tunggu tau. Bye u guys hew.
No comments:
Post a Comment
nice comment :)