OWNER FOLLOW TUTOBIES HOME

P U L U T K E D A H - Milla Hana


Ok so hello gais!! *sambilmelambai. Ok kita straight to the point jer okiez. So bulan lepas yakni bulan 2. Aku dengan family aku ada la pergi satu kedai ni yang femes dengan pulut. Merata dok baca. Dari ke fesbuk ke twitter ke gugel. Senang cita dia ni memang femes dari lubang cacing.

First of all, environment dia mmg cenggini *thumbs up*. memang bersih. Kedai dia besao pulak tu. Kedai dia pulak dibahagikan kepada dua bahagian. satu tempat yang ber-aircond satu lagi open cenggitu jer. So sesape yang fefeling puteri lilin takleh kena panas walau sesaat haa buleh la duduk di tempat yang sejukzz. Tapi mmg kedah panas pon. -__-. Tempat duduk pon jangan risau. Engko nak bawak dua kampung makan sini pun boleh.

Seterusnya((wow mcm buat karangan)), pekerja diorang pun friendly dan laju yerrr. Kita baru duduk sesaat dorang dah datang dah dekat meja. Tapi kalau nak parking jauh sikit lah eh tp tak ler jauh mana. Ada parking yang disediakan oleh pihak restoran. Kalau nak parking tepi jalan mmg tak boleh sebab kedai dia mmg betul betul tepi jalan. Kang kalau ko kena sodok dengan lori danke.

Sekarang tibalah ke part yang dinanti-nantikan!! *bunyidrum. iaitu THE FOOD!!!!! ok. so dah nama pon kedai pulut ofkos dia ada pelbagai jenis pulut. So haritu kitorang makan pulut durian biasa, cendol biasa dan cendol pulut. Pulut durian pulak ada banyak jenis durian hampa boleh pilih. hampa mintak ja depa ada semua. Cendol dia not bad. Rasa manis-manis. Yang aku excited pulut dia kaler pink!! Pulut durian lak dia punya santan pergh kaw terox pekat gila. Yang sempat ambik gmbr ni cendoi pulut ja hat lain tak sempat T_T

cendol pulut

So, overall memang thorbaek laa. Maceh hampa yang sanggup membaca hihi. So mana yg belum makan pulut Milla Hana ni dipersilakan pergi!!
Btw rate saya :
Kedai - 8/10
Service - 7.5/10
Makanan - 7/10

Thanks for reading!! bye!!
#resultnakdekatdah
#wishmeluck




5 comments:

  1. i prefer abc dr cendol hehe

    ReplyDelete
  2. Sekarang kalau nak makan cendol ni dah banyak pilihan menu yang ada kan

    ReplyDelete
  3. saya suka gila cendol pulut nangka! <3

    jemput bace new entry saya jom, boleh tinggal komen juga ^^

    http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2018/03/detik-kelahiran-bebii-nawrah-part-i.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg tak pernag dengar lg cendol pulut nangka T_T. will try later!

      Delete
    2. omg tak pernag dengar lg cendol pulut nangka T_T. will try later!

      Delete

nice comment :)