OWNER FOLLOW TUTOBIES HOME

Street Art, Penang

ihsan google


           Hello gais. Pekabo. Sehat? Sekarang aku di pengakhiran cuti satu minggu aku T_T. Oh yaa aku dah sambung belajaq. K lol. Ok sekarang aku malas la nak cakap banyak kan sebab tajuk dengan gambaq atas ni memang straight to the point dah. Ok ceritanya begini masa tengah lepak lepak dalam bilik dengan roomates, membe ajak jenjalan dekat penang ni. Disenangkan cerita kawan aku sorang ni orang penang, memang dia la jadi tour guide kami. kahkah. Plan punya plan akhirnya hari yang dinantikan sudah tiba. Penang kan cuti hari Ahad so kami keluaq hari tu jugak.

           Seminggu dalam plan tu dok kata nak keluaq pukoi 7. Okay takpa. Sekali sehari sebelum jenjalan, "kita keluaq pukoi 9 ja la wei" membe kata. kepalahotakhang. Haa okay takpala pukoi 9 pon lebih sikit masa nak tidoq. hehe. Ok firstly, kami ambik grab p kapitan. Orang kata isi minyakperut dulu sebab nak jalan banyak. Aku pon tak ingat dah berapa lama duduk kat situ lepastu mulalah perjalanan kami. Keluaq keluaq dari kapitan tu port pertama yg aku jumpa yg rokok besaq nak mampoih tu. Adala gambaq tp aku malas la nak letak hehe. Sesungguhnya, orang ramai gila

ni haa. gambar ihsan google

           Lepastu kami pon jalan jalan la dekat street art tu jadi model sambilan tanpa gaji. Aku tak ingat la jalan jalan dia. So nanti pandai pandai lah engkorang cari okiez. setiap lorong yg engkorang masuk. dia punya tempat memang semua helok untuk buat hampa punya ootd. Oh btw. Aku nak amik gambaq basikal dengan budak kecik mcm gambaq yang kat atas ni tapi nokrom orang ramai gila kat situ. So enjoy the pictures of me. hehehe.

nasib tak kena langgaq. lol

i can sleep anywhere anytime i want cuz y not


me trying to look gangster but being cute instead

           Ok ni gambaq kat street art. Ekceli banyak ja nak letak tapi macam banyak sangat ja. U feel me? Ok pastu lepas dah jenjalan habis dekat street art ni. Engkorang boleh jalan sampai ke jeti tu and make sure jeti berada di belah kiri hampa untuk pergi ke kampung kampung cina yg ada titi tu. Faham idok? Ok laluan titi yang paling best yang paling dekat dengan jeti. Sini memang happening. Sebelum masuk tu ada tokong cina i guess?? and kedai makan. Dekat titi ni memang crowded. Ada banyak kedai kedai. Tempat i ols beli spek and topi hahahabis duit aku :'). Lepastu ada tmpt naik bot which is aku taktau p mana ok sorry. So enjoy the pictures. Again. And tempat titi lain mmg jalan titi dia kecik silap langkah memang hampa jadi dugung srs talk dengan titinya yg hidup segan mati tkmau



tour guide kiterr


yer macam lofa kan??

Ok dua gambar atas ni tempat yang aku kata happening tuu


ni salah satu tmpt titi hidup segan mati takmau
*told you i ken sleep errwhere
Kami jalan jalan semua ni 2-3 jam dah settle. Lepastu kami boring kami p komtar haha lol. Ok setakat ini sahajalah cerita saya tentang street art. Hopefully ada lagi street art 2.0 or aku p jalan memana lagi area penang ni. Bukit Bendera ka The Top ka yg lampu warna warni tu ka apa nama lupa dah hehe. Nantikan gais. Ewah macam retis. kdahla BYE!

#jalandengankawandah #jalandenganbfbilapulak #eh?















Raya 2018



          Hello dan salam saudara dan saudari sekalian! Nampaknya plan untuk aku update blog setiap bulan berjalan dengan lancar. Masa aku tengah type ni masih di bulan ramadhan bertarikh 8 June 2018. Biasalah nak dapat vibe raya kita type awal ciked. Aku takdaklah nak tulis banyak mana pon sebab yang aku akan selitkan lepas ni banyak gambar ja. By the way yang lepasan SPM engkorang nak sambung belajaq kan? kahkah padan muka. #gelakorang #tapitaksedardiri.


          Aku nak bagi tips raya untuk lepasan SPM tahun ni dan tahun akan datang. Firstly, make sure hampa raya habis-habisan untuk sesi mengutip duit raya banyak banyak. Secondly set minimum duit raya RM10 daripada makcik dan pakcik hai duit raya lupa nak diberi. Alasan konon nak sambung study je lah ko jawab bila makcik bawang tanya. Lepas tu ko beli la ipon eleven. Ok tak sis gurau jerr. Baiklah sis dah ketandusan tips so cucilah mata dengan gambar gambar dibawah. Bye!!


_____Ok ni sambungan pada hari rabu bertarikh 27 June. Acah raya keempat or kelima nak update tapi biasalah melayu mudah lupa. And few days ago, ramai batch 00 yang telah melanjutkan pelajaran ke politeknik/ipta/ipts. Goodluck yer semorang! Study smart!! Ok so aku pon lagi berapa hari je sobsob. 2 July nanti aku pulak menyusul. Ok dahlah aku malas nak cakap banyak pasal sambung belajaq cuz i miss school so mac. T_T


my big family

my smol family
the gurls

the bois

the gurls and bois

thanks paah for the invitation!! ((in pink))

thanks gais for coming!!

thanks gais for coming!!

katanya posing dua lipa. tp ntahla macam selipa ja memasing
btw. thankyou jah!! ((front, 2nd from left))




and. uhh? who dis??

//lah tengok sampai habis ka?
//tips lepasan spm tu tak jadi
//ada open house tak? nak pi ni
//thanks sebab baca!!

My first time !!



             Apa yang first time nya?? First time skor addmath?? First time bercinta?? First time bawak kapal terbang?? Ok tak sebenarnya sis nak cerita pengalaman pertama sis mendaki! So, hari Sabtu bertarikh 10 March 2018, My friends and I went for a hiking!! hihi. Tapi kami bukanlah p panjat gunung kinabalu mahupun gunung jerai. Kami naik bukit biasa ja iaitu Bukit H yang pasti orang Kedah mesti tau. Kalau taktau dia loklaq.
             Kami start mendaki pukul 9. Ya pukul 9 pada itu semua orang otw dah turun T_T . But who cares kan. Kami semua berenam. Tiga lelaki dan tiga perempuan. Actually bukan laki tapi sajat. ok tak tipu jew janganla marah. Dekat bawah tu memang ramai gila. Segala jenis kenderaan ada. Plus dekat bawah tu ada orang jual air dan makanan((kot)). So jangan risau kalau lupa bawak air. Actually, nak sampai ke puncak ada tiga jalan. Jalan pertama agak selamat, tak banyak curam tapi jauh. Kami guna jalan ni untuk sampai ke puncak.

             Jalan kedua bolehhlaa. Banyak curam tapi dekat!! Takdak la curam sangat still boleh guna la. Then, jalan ketiga pula jalan paling laju iaitu paling ekstrem engko daki guna tali memang curam gila kalau jatuh boleh arwah. So, kawan sis yang lelaki ketiga-tiga ni try la nak guna tali ni tapi semua takut. Aku dah cakap depa ni sajat, Cara nak tau jalan 1,2 dan 3 nanti hampa naik separuh jalan dulu and akan jumpa simpang tiga tapi takdak traffic light. #lawakke. So, jalan 1 dan 3 di bahagian kiri, manakala jalan 2 di bahagian kanan. Masa turun pulak kami guna jalan 2. Dia punya trek biasalah jalan tanah tu.

            So, kami sampai ke puncak dalam pukul 1030?? sis tak ingat lah asdfghjkl. Dekat atas tu biasalah takdaklah sejuk BUKIT JA KOT NAK SEJUK KATMANA?! tapi dia punya berangin tu pheww besstttt so dia jadi tak panas sangat! So, enjoy the pictures!!



View from the top

A picture of fat-me

A picture of me wit ma fren


And... a picture of me.... again. *facepalm



The first time you do a thing is always exciting
*p/s: next bukit/gunung mana pulak yg aku kena naik?? komen kayzz




P U L U T K E D A H - Milla Hana


Ok so hello gais!! *sambilmelambai. Ok kita straight to the point jer okiez. So bulan lepas yakni bulan 2. Aku dengan family aku ada la pergi satu kedai ni yang femes dengan pulut. Merata dok baca. Dari ke fesbuk ke twitter ke gugel. Senang cita dia ni memang femes dari lubang cacing.

First of all, environment dia mmg cenggini *thumbs up*. memang bersih. Kedai dia besao pulak tu. Kedai dia pulak dibahagikan kepada dua bahagian. satu tempat yang ber-aircond satu lagi open cenggitu jer. So sesape yang fefeling puteri lilin takleh kena panas walau sesaat haa buleh la duduk di tempat yang sejukzz. Tapi mmg kedah panas pon. -__-. Tempat duduk pon jangan risau. Engko nak bawak dua kampung makan sini pun boleh.

Seterusnya((wow mcm buat karangan)), pekerja diorang pun friendly dan laju yerrr. Kita baru duduk sesaat dorang dah datang dah dekat meja. Tapi kalau nak parking jauh sikit lah eh tp tak ler jauh mana. Ada parking yang disediakan oleh pihak restoran. Kalau nak parking tepi jalan mmg tak boleh sebab kedai dia mmg betul betul tepi jalan. Kang kalau ko kena sodok dengan lori danke.

Sekarang tibalah ke part yang dinanti-nantikan!! *bunyidrum. iaitu THE FOOD!!!!! ok. so dah nama pon kedai pulut ofkos dia ada pelbagai jenis pulut. So haritu kitorang makan pulut durian biasa, cendol biasa dan cendol pulut. Pulut durian pulak ada banyak jenis durian hampa boleh pilih. hampa mintak ja depa ada semua. Cendol dia not bad. Rasa manis-manis. Yang aku excited pulut dia kaler pink!! Pulut durian lak dia punya santan pergh kaw terox pekat gila. Yang sempat ambik gmbr ni cendoi pulut ja hat lain tak sempat T_T

cendol pulut

So, overall memang thorbaek laa. Maceh hampa yang sanggup membaca hihi. So mana yg belum makan pulut Milla Hana ni dipersilakan pergi!!
Btw rate saya :
Kedai - 8/10
Service - 7.5/10
Makanan - 7/10

Thanks for reading!! bye!!
#resultnakdekatdah
#wishmeluck




18 TAHUN



HAI!
Ha nampak tajuk tak?
Gambar atas ni pon nampak tak?
Kalau tak nampak tu banyakkan ibadah yer maksudnya tak lama dah ler tuww. hehe jk


Setahun blog ni berlalu dengan kesepiannya dan kini saya KEMBALI. okiezz. So actually tahun lepas i ols ada exam besar yakni SPM. So i ols macam acah busy la sebab tu tak update apa langsung. lol.

so ekceli aku ni unofficial 18. tapi besa la tu acah sikit bukannya selalu kan. Dulu masa sekolah gue pikir tak sabaqnya nak habis sekolah. Tapi sekarang ni gua dekat rumah bosan beb. keje ko makan tido makan tido. Nak g kije mak den tak bagi T_T. So kerja aku sekarang ni menghabiskan beras dekat rumah.

Aku ni bukanlah nak buat karangan mahupun rumusan. Tapi sebenaqnya aku nak luahkan perasaan aku sekarang ni yang boring duduk rumah. Result keluaq 15/3 yer teman teman. we ols ada lagi sebulan lebih utk membela lemak. LEPASTU KENA TUNGGU SAMPAI BULAN 6 PULAK . << sambil baca ni korang jerit pls. ok sorry sis emo sikit jer.

OK. Sis rasa lah kan. Lepasni sis nak penuhkan blog sis ni dengan makanan. YES. MAKANAN. Maksudnya wherever i eat. I will update it HERE! tapi around kedah ja la and tengok la kalau dia sedap i ols upload sini. kalau tak sedap kita tak pegi dah kedai tu. ON X ON?! ((ni pun jerit jugak)) ((kalau saya rajin)) ((kalau luar kedah pon saya updt)) ((hehe)) ((baca apa lg)) ((dah habis))

OK LAST LAST. so for those yang dah datang jengah blog sis ni jangan lupa follow okiez!! lepastu tinggalkan link blog and dekat chatbox belah ni! >>>>

#sayacubautkhidupkanblognibalik
#bukanjanjipalsu
#rindunakblog
#sayaharapsayatakmalas
#bye